menu

Giveaway Saidahipoh



Giveaway : Saidahipoh's giveaway

Oleh : SaidahIpoh

Referrer : Pn Nafira

adiah agak menarik..bagi mak mesti die senyum sampai tinge..hehehe..

Syarat-syarat peraduan adalah seperti berikut:

1- Tarikh peraduan bermula hari ini hingga 30hb May, 2010

2 - Terbuka kepada semua kawan-kawan di Malaysia sahaja yg menjadi Follower . Kepada yg belum jadi follower kenalah jadi follower saya dahulu.

3- Linkkan blog saya kepada blog masing-masing dan buat sedikit N3 berkenaan dgn blog saya ini.

4- Memberi komen dalam entry ini..(komen di shoutbox tidak diambil kira) 4-Nama pemenang akan diumumkan pada minggu pertama bulan June.

5 - 1 Hadiah khas (misteri) akan diberikan kepada referral yg paling banyak disebut oleh pemberi komen. ( contoh kalau A tengok N3 giveaway ini dari blog B, sila mention nama B dalam komen mereka so that B akan dapat hadiah misteri)

5- Penghantaran hadiah adalah dari minggu kedua JUne hingga ke 30 June. Pemenang akan dihubungi jika terdapat sebarang kelewatan dalam penghantaran hadiah.

http://saidahipoh.blogspot.com/

tarikh tutup : 30.05.2010


Mai Belajar : Sejarah Negeri Kedah

Sejarah Negeri

Ramai sejarawan yang menganggap Kedah sebagai negeri yang tertua sekali di Tanah Melayu. Pendapat ini diasaskan kepada penemuan arkeologi yang terdapat di kawasan-kawasan terbabit di Kedah yang membuktikan adanya penempatan-penempatan secara teratur semenjak kurun ke - 4 lagi. Daripada penemuan-penemuan arkeologi, pernah dijumpai bukti yang menunjukkan bahawa kawasan utara semenanjung telah didiami manusia purba semenjak zaman 'Pleistocene' lagi. Di antara alat-alat yang dijumpai termasuklah bahan bercucuk tanam. Daripada kajian yang dibuat didapati bahawa penduduk- penduduk di kawasan tersebut pada ketika itu terdiri daripada golongan orang- orang Melayu -Proto (Proto-Malaya). Mereka hidup dengan menjalankan kerja- kerja bertani di kawasan pendalaman rendah terutamanya di tepi-tepi sungai. Penduduk-penduduk awal itu mula menunjukkan kemajuan apabila mereka menggunakan alat-alat yang di buat daripada logam.




Lagi Bahasa Kedah

Mari kawan - kawan...
Kita belajar Bahasa Kedah!


Kawaq = pencuri
Ex : Semalam ada kawaq masuk rumah aku la weh.

tak tuu = tak tau
Ex : Tak tuu la pulak depa pi man, kot depa balik chek abaq.

negha = air nira
Ex : Teringin la pulak nak minum ayaq negha.

teliang = senget
Ex : Haaa, makan la banyak - banyak tengkok ayam tu, teliang kepala satgi tak tuu laa!

loqlaq = tak senonoh
Ex : Ishhhkk, loqlaq sunggoh la hampa ni dok makan tepi jamban.

jamban = tandas (bukan jambatan ya)
Ex : Mak, teman chek pi jamban sat. Chek takut ni.

seneghih = sentuh
Ex : Aku tak sengaja ter"seneghih" keta dia tadi. Tu yang dok ngamok tu.

pengkaq = kaki bangku
Ex : Dasar pengkaq, tendang bola cam daghai.

daghai = lelaki lembut.. auuuuwww nyahh~
Ex : Hang ni nak jadi daghai ka Mat oooiii! Tak kuasa I nak layan you!

ghupin = kulit kering
Ex : Jangan dok ghunaih la ghupin tu. Luka satgi baru nak tau!

ghunah = kopek (bukan cam kopek kelapa ya)
Ex : Yang dok ghunaih sofa baru mak tu watpa? Haisshh budak ni!

beghemba = jalan bersama - sama dengan laju
Ex : Jangan dok beghemba sangat, satgi jatuh tertomoih.

tertomoih = terjatuh ke hadapan sambil muka menyembah bumi lalu menyapu debu di hadapannya. Haa~
Ex : Laaa, anak mak jatuh tertomoih ka? Mai mak nak tengok meh. Alalala anak mak nie. (^^,")

ghosek = selongkar
Ex : Yang hang pi ghosek lemari dia watpa? Padan muka kena tabuh.

tabuh = pukul
Ex : Mana ada abg tabuh ayg. Tabuh manja ja tu. Alaa, jangan teriak yang oooiii. Buruk abg tengok.


to be continue ......




Mai belajaq loghat kedah


haaaa..hangpa nak belajaq cakap kedah..mai belajaq kat aku..ekot ape yang aku habaq nieyh..hehehe..

A)
k, macam mana yang hangpa dah tau, loghat kedah ni selalu kene ade "aq"
setiap kat kali ade "r" dibelakang perkataan, contohnya

air- ayaq
tukar- tukaq
fikir - fikiaq
alor- aloq
langsir - langsiaq
langsuir - hantu langsiaq
setar- setaq
bingung - bengong

B) Jika perkataan tu diakhiri dengan "S", selalunya akan di gantikan dengan "ih"

terus - teruih
lurus - luih
bas - baih

C) Selain itu

utara- utagha
corner - kona

p:s - tapi tak semua perkataan perlu ditukaq, aaa macam ni

bangsar - bangsar (mana ada bangsaq)
slumber - slumber ( takkan slumbeq kut)
lagi aku pun lupa, :)) nanti aku update len kat sini

D) Ada perkataan asal yang orang kedah tukaq separuh ja,
contohnya seperti ayat-ayat berikut

- Kak Pah berletiaq kat anak dia sebab buaih sangat (leter, buas atau nakal)
- Amad seorang budak yang ketegag (nakal, dari perkataan tegar kut)
- Benang yang Afa bagi tu haluih sangat (sangat halus)
- Emy meluruihkan rambutnya (meluruskan)
- Stan dengan hat lain apa habaq? ( yang lain apa khabar)
- Ayda tidoq berdengkoq ( Tidur, berdengkur)
- Sepa Adi jalan lagu tu? Biaq pila kat dia ( Kenapa, macam tu, biarlah)
- Shahnon minum ayaq tawaq ( air tawar)
- Suara OC deraih betui (kuat betul)
- Jay2 tak dapat pakai seluaqnya sebab tak celuih ( celus atau muat)

E) Ada perkataan yang orang kedah tukaq semua sekali, contoh camni

- Kucing itu tokak tangan Pjay sampai berdarah (gigit)
- Nyamuk itu ketit tangan Zam (gigit kecil)
- Yan berlemuih sebab terjatuh terpeluih longkang (kotoq sangat, peliuh ni ape ntah :P)
- Imah cemuih dengan panggilan ya ka (bosan, yeke)
- Eti pesiang ikan nak buat ikan tiga rasa. ( potong ikan)
- Bajet duit Azrul jatuh merudum ( menjunam)
- Chenard lonyang katil selepas kerja (terbongkang atas)
- Aleen bangun pagi-pagi muka macam peot (muke busuk)
- Ira tempet muka dengan bedak sejuk (tampal)
- Sara bukak pintu terpelahang sampai orang boleh nampak ( luas)
- Anak menakan Siti jalan gelong (sedara, tak lurus)
- Nikelin baling kokulator sampai terborai (terkeluar semua)

F) lain-lain perkataan

Baloq Liat - Pemalas tanak buat kerja tahap dewa
Dah jumpa gu - Jumpa pasangan
Kawak - Pencuri
Hawak- Jahat tahap dewa gak
Kejan- Paksa
Katuk - Ketuk / Pukul

sebenarnya ada banyak lagi, tapi buat masa ni aku tak ingat lak, so lain kali je la ek aku taip lagi, ada sapa2 yang teringat bahasa kedah yang lain lagi tak? mai tulis sini

G) Kisah orang yang salah bahasa -

Adalah suami isteri ni, suaminya orang kedah manakala isterinya org selangor, suatu hari ada la beberapa ekor nyamuk masuk rumah diorg, pastu si isteri katalah, " Bang nyamuk ni gigit tangan cheq la, " Lalu si suami ni menegur " Nyamuk tu bukan gigit, tapi kertit hang," Lalu bergadola suami isteri ni, ada yang kata gigit, ada yang kata kertit. Lalu si suami ni pun explain la. " Kalau gigit tu kenala ada gigi, sbb gigit, kalau kertit tu gigit juga tapi tak pakai gigi. Nyamuk ada gigi tak, yang? " Lalu si isteri pun akur.

Keesookannya. ada kucing masuk rumah suami isteri ni dan mengigit tangan anak mereka. Si isteri ni lalu berkata, " Bang tengokla tangan anak kita ni kene gigit dengan kucing ni" Lalu si suami pun menegur " Tu bukan gigit namanya, tu tokak" kata suami. " Pulok dah, aritu abang cakap kalau pakai gigi tu gigit namanya" kata isteri. Suami pun mengeksplen, " Kalau gigitan tu keluar darah, kita panggil tokak, kalau tak keluar darah orang panggil gigit" Lalu si isteripun menjawab " Oh Yakaaaa??"

Hahaha.. macam2 kan, aku pun tatau kesahihan cite ni, tapi aku rasa si suami tu merapu je kut..

TIPS BERHENTI MEROKOK 12 M

Tips nieyh untuk aku gak..huhu..share2 la ngan korunk..


1. MELENGAH-LENGAHKAN
Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar

2. MENARIK NAFAS PANJANG
Tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan

3. MINUM AIR
Terutamanya air masak. Elakkan minuman berkafein

4. MENYIBUKKAN DIRI
Buat sesuatu bagi mengalihkan fikiran dan untuk melupakan rokok.

5. MENJAUHKAN DIRI
Daripada orang yang merokok

6. MENGELAKKAN DIRI
Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok

7. MENGUNYAH SESUATU
Seperti gam dan buah-buahan

8. MEMBASUH TANGAN

9. MANDI DENGAN KERAP

10. MEREGANGKAN OTOT
Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk

11. MEDITASI

12. MEMOHON DOA
Berdoa agar dikuatkan azam dan ditingkat usaha.